Memahami Kontrak Insurance Hayat

kontrak polisi insurance hayat


sebelum membeli insurance hayat tu..kna lar baca kontrak dulu..
baca syarat2 dia..baru beli..
jangan main beli je..baca dan faham kontrak anda dulu...
klau x faham..tanya je kdp penjual insurance tu..

dengan pembelian insurance hayat ,tidak  kira lar untuk anda atau mereka yang tersayang ,akan menjajikan jaminan kewangan sewaktu susah.jika anda meninggal dunia,waria anda akan mendapat sejumlah wang.anda juga boleh  menerima pampasan jika anda mendapat kecacatan kekal.

[wajib baca: jenis-jenis insurance]

tapi..perlu ingat..semua pampasan hanya akan diberi jika anda follow semua syarat yang ditetapkam dalam kontrak polisi insurance hayat anda.jika x follow syarat anda tidak akan mendapat sebarang pampasaan.

sebab tu saya suruh anda baca dan faham dulu syarat2 dalam kontrak insurance hayat anda sebelum anda beli...ok..jgn sedih2.meh saya cerita ckit pasal perkara penting dalam konrak polisi insurance hayat.


perkara penting dalam kontrak polisi insurance hayat


1) BONUS
  • merupakan pembayaran wang tambahan bersama-sama manfaat akhir polisi sertaan.tetapi bonus tidak dijamin dan ia bergantung kepada prestasi pelaburan dana insurance and
2)NILAI TUNAI/SERAHAN
  • apabila polisi anda telah genap 3 tahun minima,anda boleh  memperolehi nilai tunai/serahan.nilai tunai/serahan ialah jumlah wang yang anda akan dapat daripada syarikat insurnace jika anda membatalkan polisi anda,tetapi anda akan rugi jika anda membatalkan polisi sebelum ia matang
3)PREMIUM
  • premium ialah wang yang dibayar oleh anda kepada syarikat insurance hayat untuk memberi perlindungan insurance
4)BUNUH DIRI
  • penama tidak akan menerima sebarang pampasan atau bayaran jika  kematian berpunca daripada membunuh diri dalam tempoh setahun perlindungan,seperti yang dinyatakan dalam polisi anda
5)PENYERAHAN HAK
  • dengan memberi notis bertulis kepada syatikat insurance,ana boleh memindahkan polisi insurance hayat anda kepada orang lain atau organisasi lain
6)PINJAMAN POLISI
  • anda boleh mengambil pinjaman polisi jika polisi insurance hayat anda mempunyai nilai tunai tetapi faedah akn dikenakkan kepada pinjaman polisi anda
7)TEMPOH MEMBUAT KEPUTUSAN
  • pembatalan polisi insurance boleh dibuat dalam tempoh 15 hari selepasa anda menerima dokumen-dokumen polisi anda dengan memulangkan polisi anda kepada syarikat insurance,premium yang dibayar akan dikembalikan selapas ia ditolok dengan kos pemeriksaan kesihatan
8)BERBAYAR TERKURANG
  • jika polisi anda mempunyai nilai tunai,anda boleh memilih untuk berhenti membayar premium,polisi insurance anda akan terus berjalan cuma nilai  insurance anda akan berkurang
9)PENGECUALIAN
  • merupakan risiko yang tidak dilindungi oleh polisi insurance anda
10)PINJAMAN PREMIUM AUTOMATIK
  • sesetengah syarikat insurance akan memberikan pinjaman pembayaran premium secara automatik jika anda gagal untuk membayar premium dalam tempoh tangguh.dengan syarat polisi anda mempunyai nilai tunai yang mengcukupi,tetapi pinjaman tersebut akan dikenakan faedah.
11)PENGEMBALIAN SEMULA
  • polisi yang telah luput boleh dihudupkan semula dalam tempoh masa tertentu dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
12)TEMPOH TANGGUH
  • jika anda lambat untuk membayar premium bulanan,tempoh tangguh selama 15 hari diberikan.jika anda membayar primium anda secara tahunan atau 6 bulan sekali tempoh tangguh anda ialah sebulan.jika anda gagal untuk membayar dalam tempoh tangguh polisi anda mungkin luput atau tertaluk kepada polisi berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik
13)TIDAK BOLEH TANDING
  • selepas polisi anda genap 2 tahun, syarikat insurance anda tidak boleh mempertikaikan kesahihan polisi anda, jika syarikat insurance  enggan membayar pampasan,syarikat insurance tersebut perlu membuktikan bahawa anda memperoleh polisi tersebut melalui penipuan
14)KERAHSIAN MAKLUMAT
  • syrikat insurance tidak boleh mendedahkan semua maklumat peribadi anda termasuklah maklumat kesihatan kepada pihak ketiga.
15)TERMA DAN SYARAT
  • perkara-perkara dibawah terma dan syarat ini merupakan hak dan tanggungjawab anda fan syarikat insurance.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Insurans dan Takaful

Family Takaful (Takaful Keluarga)

Retirement Annuity @ Anuiti Persaraan