Panduan Dalam Membeli Insurance Hayat

tips sebelum membeli insurance hayat

Panduan Dalam Membeli Insurance Hayat


sape kat cni dah ada plan nak beli insurance hayat??angkat tangan ckit..
ok..tapi uols dah tahu ke panduan atau tips sebelum membeli insurance hayat atau life insurance nie??
x tai??klau x tau camne nak beli..huhu..

uols jgan beli klau x buat survey atau belajar tentang insurance hayat nie..
bukan ape..takut kena tipu je.
sebelum beli tu...penuhkan ilmu di dada dulu..baru org xleh nak tipu kita kan..

xpe2..jgn sedih2..arie nie biar saya bagi tips ckit dalam membeli insurance hayat..
for those yang angkat tangan tadi..wajib baca..info penting nie.

panduan dalam membeli insurance hayat


1)BUAT PERBANDINGAN KADAR PREMIUM
  • bandingkan kadar premium dan manfaat insurance untuk beberapa buah syarikat insurance
  • pastikan anda membuat perbandingan dengan polisi yang sama,ini kerana tidak semua polisi insurance mempunyai manfaat yang sama
2)MEMBELI INSURANCE HAYAT MELALUI EJEN INSURANCE YANG SAH ATAU MELALUI SYARIKAT INSURANCE YANG SAH
  • anda boleh menyemak senarai syarikat insurance yang berlesen di laman sesawang Bank Negara Malaysia dan untuk maklumat yang lebih lajut anda boleh menghubungi Persatuan Insurance Malaysia(LIAM)
3)JANGAN AMBIL PERLINDUNGAN YANG TIDAK PERLU
  • jangan tertipu dengan pakej yang ditawarkan sebab mungkin ada perlindungan tetap  yang anda tidak perlukan dalam pakej tersebut.
  • tetapi anda masih lagi boleh mendapatkan rider atau perlindungan tambahan dengan premium tambahan yang memberi pulangan yang lebih baik
4)TELITI KETIKA MENGISI BORANG PERMOHONAN
  • anda mesti pastikan borang cadangan ada lenkap dengan semua maklumat dan tepat bagi mengelakkan tuntutan anda ditolak atau kelewatan
  • jangan sesekali menandatangani cadangan atau  borang permohonan yang kosong
5)MEMASTIKAN ANDA MEMBAYAR PREMIUM KEPADA SYARIKAT INSURNCE
  • jangan sesekali membuat bayaran kepada ejen insurance
  • pastikan anda membayar terus kepada syarikat insurance tidak kira pembayaran cek atau kiriman wang dan minta resit setiap kali pembayaran dibuat
6)PERIKSA TARIKH INSURANCE ANDA BERKUATKUASA
  • anda perlu tahu bahawa tarikh insurance berkuatkuasa mungkin berbeza dengan tarikh syarikat insurance anda mengeluarkan polisi itu
  • jadi anda perlu tanya kepada ejen insurance bilakan tarikh polisi tersebut berkuarkuasa
7)PASTIKAN  INSURANCE HAYAT YANG DICADANGKAN  BETUL-BETUL SESUAI DENGAN ANDA
  • anda perlu menyemak polisi yang dicadangkan dengan teliti supaya polisi tersebut benar-benar sesuai keperluan peribadi anda
8)BACA DAN HADAM SKOP PERLINDUNGAN,SYARAT DAN TERMA POLISI
  • baca dan hadam semua peruntukan didalam polisi yang anda ingin beli.jika x faham anda boleh mendapatkan penerangan daripada syarikat insurance tersebut
  • berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen 
9)BILA TERIMA POLISI PASTIKAN ANDA MEMBACANYA
  • 15 hari ialah masa yang diperuntukkan unttuk anda meneliti kandungan polisi
  • gunakan masa tersebut untuk memastikan polisi tersebut betul-betul sesuai untuk anda.
ok..sekarang dah faham kan.
x faham lagi..baca lagi sampai faham..hihi...
anda juga boleh bertanya kepada ejen insurance anda untuk penerangan yang lebih lanjut..

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Insurans dan Takaful

Family Takaful (Takaful Keluarga)

Retirement Annuity @ Anuiti Persaraan